Harga runcit petrol RON97 turun 20 sen daripada RM3.75 kepada RM3.55 seliter, sementara harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal untuk minggu ini bermula esok (15 Dis) hingga 21 Disember.<br /><br />Kementerian Kewangan (MOF), dalam kenyataan pada rabu memaklumkan, harga RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter.
